GEORGETOWN: Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Tri Pinnacle, Alex Low memohon maaf secara terbuka kepada semua penduduk Muslim di kondominium tersebut berhubung isu azan yang sedang menjadi kontroversi ketika ini.
Beliau berkata, pihaknya tidak berniat untuk melarang laungan azan di Surau Saidina Umar yang terletak di blok A kondominium tersebut.
"Saya Alex Low, Pengerusi JMB Tri Pinnacle mewakili ahli jawatankuasa JMB yang lain dengan ini ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua penduduk Muslim di Tri Pinnacle khasnya dan semua umat Islam amnya atas isu azan yang sedang hangat diperbincangkan.
"Kami sama sekali tidak mempunyai niat untuk melarangkan laungan azan di Surau Saidina Umar. Saya secara peribadi, memohon maaf jika ada kata-kata dan ucapan saya menimbulkan kemarahan mana-mana pihak," katanya ketika sidang akhbar di tingkat 46, Tri Pinnacle di sini pada Selasa.
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor serta Pengerusi Surau Saidina Umar, Muhammad Nasir Abdul Majid.
Beliau turut menyatakan kekesalannya berikutan isu tersebut telah ditular sehingga mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat.
"Kami amat kesal dan kecewa kerana isu yang sepatutnya hanya menjadi perbincangan dalaman secara sulit telah disebarkan dan mewujudkan salah faham.
"Untuk makluman, pihak JMB dan wakil ahli jawatankuasa surau telah bermesyuarat dan berbincang mengenai hal ini dengan Jabatan Agama Islam Daerah Timur Laut pada 9 Mei lalu.
"Persetujuan telah dicapai dan masalah telah pun diselesaikan. Kami faham dan hormat agama Islam sebagai agama rasmi di negara kita. Kami juga jelas bahawa azan dilaungkan untuk memanggil umat Islam untuk menunaikan solat," katanya.
BACA: Larangan azan: Polis sudah panggil JMB, pengurusan surau kondominium
Alex turut menjelaskan bahawa agenda yang dibawa dalam perbincangan tersebut bukan mengenai laungan azan sebaliknya pemasangan pembesar suara.
"Berikutan salah satu video yang tular yang menunjukkan situasi di dalam mesyuarat agung, kami ingin menjelaskan bahawa agenda yang dibawa bukan lah mengenai laungan azan tetapi mengenai pemasangan pembesar suara.
"Bagaimanapun, agenda ini telah pun ditarik balik berikutan ia amat sensitif untuk dibincangkan. Penarikan balik agenda tersebut ada direkodkan di dalam minit mesyuarat agung yang bertarikh pada 12 Mac 2023.
"Sekali lagi, kami secara rendah diri ingin memohon maaf dan berharap agar isu seperti ini tidak dibangkitkan lagi, bukan hanya di Tri Pinnacle tetapi di negara kita," katanya.
Beliau juga berharap agar semua video yang ditular ditarik balik oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mengelakkan salah faham dan provokasi yang berlanjutan.
Sebelum ini, tular satu klip video di media sosial menunjukkan satu sesi dialog antara pihak JMB sebuah kondominium di Tanjung Tokong dengan penduduk berhubung isu semasa di kediaman tersebut.
Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang apabila pihak JMB mengutarakan isu pembesar suara di surau kondominium berkenaan.
Kondominium tersebut mempunyai tiga blok dengan setiap satu berketinggian 48 tingkat dan majoriti penduduk di situ adalah beragama Islam.
Surau tersebut terletak kira-kira 200 meter dari blok pertama iaitu Blok A. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 17 2023
Alex (kanan) bersalaman dengan Muhammad Nasir sambil diperhatikan Ahmad Zakiyuddin (dua, kanan) selepas sidang akhbar pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Dah azan atau belum? Muat turun aplikasi Astro AWANI, kini ada notifikasi masuk waktu solat
Apabila memasuki Ramadan, sudah tentu kita akan menunggu tibanya waktu Maghrib untuk berbuka puasa.
COVID-19: Laungan azan di Kuwait ditukar kepada "solat lah kalian di rumah"
Kedengaran suara seorang bilal membuat perubahan pada lafaz azan kepada shollu fi rihaalikum (solat lah kalian di rumah).
Bumi rata? Ini jawapan Angkasawan Negara
DATUK Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menjelaskan bahawa bumi berbentuk bulat sfera.
Video laungan azan oleh golongan OKU dapat perhatian pengguna media sosial
Azan adalah amalan yang dikerjakan oleh umat Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu.